tepUklaH daDa taNYaLah jiwA.. beriKAn jwapaNnya..

assalamuaLaikum.. kuLampirkan kisah Rasulullah s.a.w ini buat tatapan semua...

Di satu sudut pasar Madinah Al- Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".

Namun tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah saw mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah saw menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya.

Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r. a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah menjawab pertayaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abu Bakar r. a. "Setiap pagi Rasulullah saw selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah
.

Keesokan harinya Abu Bakar r. a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r. a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r. a mulai menyuapinya, si pengemis itu marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?". Abu Bakar r. a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu.Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan kepada pada aku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r. a tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah saw. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r. a ia pun menangis dan kemudian berkata,"Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikit pun, malah ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... " dan pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah dihadapan Abu Bakar r.a.

seJauh maNa keterbukaan kita..
memberi kemaafan..
dikala hati menerima cacian..

jikalau tiaDa mahmudah dlaM diri..
pasti....tiAda ketenaNgan bg hati..
berlapang daDalah..
janJi tuhAn e 2 pasti...

wassalam...

Comments

2_one said…
This comment has been removed by the author.
2_one said…
duhai sahabatku...
ingin aku ulang kata2 ini.."seJauh maNa keterbukaan kita.memberi kemaafan.dikala hati menerima cacian.jikalau tiaDa mahmudah dlaM diri.pasti..tiAda ketenaNgan bg hati.berlapang daDalah.janJi tuhAn e 2 pasti..mmg aku setuju dgn kata2kamu ini..tp kebayakannya walaupun kita menyedari ttg ini,apakan daya ,nafsu amarah membuak2 didalam hati didalam diri mbuat kita terlupa janji itu..mugkin kita boleh memaafi tp pada dasar hati kita stil lg ad rse ketidakselesaan..ibarat hati yg sembuh dari torehannya,tp masih lg mninggalkan parut..walauapapun sy stuju jika mahmudah itu ada,iman itu ada pasti dpt diatasi..
Nur Islah said…
Seringkah kita terfikir
Bagaimana mulia & bersihnya Hati Nabi S.A.W kita
Tetap senyum bila dibenci
Tetap tenang bila dimusuhi
Tetap membantu walau disakiti
Tetap menyeru walau diusir pergi

Kenapa kita mudah membenci apabila dikasari
Mudah berputus asa apabila yang dilakukan tidak menjadi
Mudah kecewa apabila orang lain tak memahami
Mudah terguris apabila kita dinashati
Ayuh kita bangkitkan diri
Agar segala yang indah menghiasai peribadi
Kerana Qudwah kita adalah Nabi
Itulah sifat seorang Dai'e yang Hakiki

Popular Posts