Jika Itu Yang Diharapkan......
Jika KETENANGAN yang kau harapkan,
mengapa masih kau meragukan masa depan?
mengapa perlu kau korbankan sebuah nilai ketenangan...
tanpa kau labuhkan sebuah keredhaan...?
Jika KEJAYAAN yang kau harapkan,
kenapa kau masih bermimpi dalam sepi?
mengharapkan ada insan yang berlari kearahmu
membawa obor kejayaan..
jangan bodoh dan sombong untuk melangkah..
jangan pernah kau tenggelam dengan khayalan kosong..
walau penuh jerih pedih hatimu..
Jika CINTA yang kau harapkan..
Cinta yang mana yang kau cari.?
Cinta Illahi? ataupun CInta Manusia?
Kau mahukan cinta Illahi...apa yg kau lakukan untukNya..?
Apkh Sudah cukup segala apa yang perbuat untuk dekat padaNya?
Kau mahukan cinta manusia...
Cukup jujurkah kau pada diri sendiri?
Cukup baikkah dirimu untuk mendapat insan yg baik bgmu?
Jika SYURGA yang kau harapkan..
Kenapa masih egois untuk menangis..
Mengapa masih kau injak2 kakimu.
kenapa masih kau ragu dengan rezekimu..
kenapa kau masih sayang duniamu berbanding akhiratmu....
kenapa masih kau alpa dan lupa.... dan...
kenapa kau masih duduk disitu..............
p/s: nukilan ini saya nukilkan untuk diri saya sendiri..dari apa yang saya rasakan..dari apa yang ada pada diri saya..pengharapan penuh kepada semua shabat handai...mendoakan sy mendapat yg terbaik dalam hidup..disini dan disana nanti..maafkan segala silap dan salah..sama2 kita perbetulkan...doakanlah untuk kejayaan kita bersama...insyaAllah....
Comments