Pola Pemikiran....

Assalamualaikum....

Seiring dengan hasrat hati dalam mencapai apa yang dihajati,masih ada yang perlu kita miliki dan kuasai, bukan sekadar tubuh sihat dan semangat yang tinggi, malahan bagaimana kita membentuk pola pemikiran yang dinamik,utuh dan bermotivasi.... Bermula dengan pembentukan imaginasi mahupun mimpi, keterbukaan kita untuk menerima segala yang baik dari dunia sekeliling juga perlu tinggi dalam menentukan pola pemikiran yang bervisi...

Pola pemikiran adalah satu bentuk penetapan
 bermula dengan hati,
diproses dan ditetapkan oleh minda
serta diperakui dan dilaksanakan oleh tindakan

Satu cerita ringkas untuk pemahaman yg mudah buat kita semua;
Kisah ini merujuk tentang bagaimana seekor gajah yang diceritakan; sejak kecil lagi ia diikat/ditambat dengan rantai besi..Perkiraannya,bermula sejak kecil lagi iaitu saat ia mula2 dirantai, gajah ini sentiasa mencuba,mencuba, dan terus mencuba untuk melepaskan diri...tapi jawannya tetap GAGAL, dan hal ini berlaku saban hari,saban tahun sehinggalah gajah tersebut dewasa..

Beberapa tahun kemudian, seorang hamba Allah hairan melihat seekor gajah td yang kini sudah besar namun tidak cuba melepaskan diri dari rantaian besi yang pada hematnya, ia adalah satu perkara yang mudah untuk gajah tersebut memutuskan rantaian yg mmbelenggu di kakinya... Jawab seorg hamba Allah;
   
 "Bagaimana mungkin gajah tersebut dapat melepaskan diri, sedangkan gajah tersebut sejak kecilnya cuba melepaskn diri tapi sentiasa gagal, sehinggalah hari ini dia sperti merasakn hal yang sebegitu walaupun ia sudah besar dan pada pandangan kita ia sendiri mampu melepaskan diri, tetapi begitulah hakikatnya, umpama kegagalan itu menjadi satu ketetapan dalam mindany yang ia akan gagal melepaskan diri selama-lamanya"

saya petik kata-kata peninju hebat dunia satu ketika dahulu (Mohamad Ali)..
“If my mind can conceive it, and my heart can believe it, then I can achieve it”

 Anthony Robbins pula berkata; “Beliefs have the power to create and the power to destroy”

Dalam melakar setiap garisan lukisan kehidupan, ianya bermula dengan apa yang kita ingin capai,apa yang mahu kita perlihat dan apa yg mahu dibuktikan pada diri kita sendiri. Tidak akan bermula lakaran tersebut tanpa sebuah ketetapan hati serta minda tentang apa yang mahu kita lakarkan..Kegagaln adlah seperti saya katakan sebelum ini 'LUMRAH KEHIDUPAN'...

namun jangan jadikan kita sama seperti cerita gajah diatas... kita manusia, ciptaan paling hebat yang Allah ciptakan, lengkap dengan hati nurani dan akal fikiran... ayuh, andai kita belum menemppuh cabaran....tetapkan semangat,iltizam dan plan strategik dalam setiap tindakan yang bakal kita lakukan, andai kita bermula dari kegagalan, bangkitlah untuk membina kekuatan minda bahawa anda 'PERLU BUKTIKAN' kegagalan adalah salah satu warna kehidupan yang menyerikan dan kegagalan itulah wadah untuk anda meneroka alam KEGEMILANGAN.....anda pasti MAMPU LAKUKAN....insya-Allah..

p/s: perkongsian ini adalah merujuk kepada apa yang saya dan rakan-rakan saya diluar sana cuba capai..dan mungkin juga lebih ramai lagi insan yang merasakan seperti saya sendiri.Kita disini masih belajar dan diajar, dan seperti yang dikongsikan, Hati nurani dan kekuatan fikiran perlu seiring...ibarat. kekuatan iman dan akal dalam melahirkan insan yang cemerlang...wallahualam...

Comments

2_one said…
kekuatan minda (pemikiran) dan hati (iman) dua perkara yang penting....segala nye dapat dikawal jika kita ada dua benda ini..
Asyraf Alpandi said…
semoga kita beroleh keduanya...ameen

Popular Posts