Aku Punya Itu dan Ini

Aku punya itu dan ini..
Tangan dan kaki untuk memberi..
sebanyak mahupun sedikit budi..
tapi entah ada erti..
ku sendiri tak mengerti...

Aku punya itu dan ini..
punya teman,keluarga dan saudara...
yang sehaluan dalam perjuangan
saat duka..
tangis dan gembira...
tapi..entah ada erti..
kuharap ke temui sebuah erti.....

Aku punya itu dan ini...
tersingkap dibwahh
rimbunan hati...
tersemat riang gembira..
sedih dan duka..
namun itulah hatiku...
yang kumiliki...
nikmat rohani diberikan ILLahi..

aku punya itu dan ini...
yang melebihi dari yg perlu dimiliki...
yang melebihi keperluan seorang pengemis duniawi...
terperosok dalam kepayahan...
merangkak dalam tangisan...
meraba dalam kegelapan..........
menyesal atas segala kekhilafan...
 ku juga bg2...
cumanya aku punya zaman kusendiri...


Aku punya itu dan ini......
Memang banyak yang perlu KUFIKIRI...
tapi..ku tetp perlu terus mengingati dan hayati...
KERNA AKU PUNYA HIDUP
DAN AKU PASTI PUNYA MATI......

hatiku berbisik begini..
betapa hebat Saidina Ummar..
walau dijanjikan syurga namun masih meluah kata..
'andai ada yang ke neraka, akulah orangnya'..
apatah lagi diri ini..
pnya nikmat,masih sombong dan tggi diri..
segala penyakit hati menggunung tinggi..
namun masih bermimpi mahukan hidup disyurgawi..
namun itu bukan sbuah mimpi..
kerana Allah itu bpegang pada janji..
duhai kawan,duhai sahabt...doakanlah..
kita berjaya memperjuangkannya disini...
"CUKUPLAH SEKADAR DISINI"

Comments

2_one said…
no komen..ye betullah tu...smoga dipermudahkan..

Popular Posts