Hanya itu mampu diberikan..
Duhai hati-hati yang masih melihatku
di sini...
Sekalung Penghargaan buatmu hati-hati yang kubanggakan..
kerana masih meniti hidup-hidup bersama illahi..
Duhai hati-hati yang masih melihatku
di sini...
Bukanlah kesepianku adalah fitrahku..
Kesombongan itu juga bukanlah milikku..
Ku pohon maaf andai aku tidak bersamamu..
Duhai hati-hati yang masih melihatku
di sini...
Menjauhlah engkau dikala hatiku ini masih belum terisi..
kerana hati ini tidak mahu mengotorimu..
Duhai hati-hati yang masih melihatku
di sini...
Hati ini masih mencari hati-hati seperti kalian..
Yang suci bersih kurang celanya..
Kerana itu hati ini masih menyepi..
Duhai hati-hati yang masih melihatku
di sini...
Maafkanlah jika..
Kekotoran hati ini menggelapkan harimu..
Kerana hati ini yang sendiri mencari lombong
kehinaan itu..
Duhai hati-hati yang masih melihatku
di sini...
Jika Perlu..jika kau masih memandangku..
bantulah aku membersihkan hati ini.
Kerana ku tak mampu lakukannya sendiri..
Kerana hati ini adalah makhluk-Nya..
yang lemah sentiasa...
Duhai hati-hati yang masih melihatku
di sini...
Jangan kau jadi seperti hati ini..
Jauh dari Nur Abadi...
Gelap tak kelihatan..
Teruskanlah langkahanmu...
cuma pintaku...
pandangilah dan doakanlah hati ini selalu....
p/s: tiada kata-kata dapat mengungkap betapa indah menatap wajah teman-teman..seprti tiada beban padaku dikala bersama mereka...itulah kehebatan Allah, kebesaran-Nya....ada dimana-mana...rkn2 doakanlah diri ini dibukakan pintu hati mengenali Allah.......insya=Allah...
Comments