Lelaki 'BERJIWA' Wanita.....
assalamualaikum wbt....
syukur kehadrat illahi atas limpahan nikmat yang diberi..nikmat jasmani,rohani serta hati nurani yang sukar disingkap keajaibannya dulu sehinga kini,..penulisan kali ini bukanlah bertujuan menimbulkan apa-apa kontroversi mahupun spekulasi tetapi sekadar satu perkongsian jiwa buat tatapan semua.. bertitik tolak daripada apa yang diperkatakan seorang rakan seperjuangan...lebih kurang begini...
syukur kehadrat illahi atas limpahan nikmat yang diberi..nikmat jasmani,rohani serta hati nurani yang sukar disingkap keajaibannya dulu sehinga kini,..penulisan kali ini bukanlah bertujuan menimbulkan apa-apa kontroversi mahupun spekulasi tetapi sekadar satu perkongsian jiwa buat tatapan semua.. bertitik tolak daripada apa yang diperkatakan seorang rakan seperjuangan...lebih kurang begini...
jadilah seorang wanita yang tabah
.::sebaris kata ini sahaja yang saya ambil untuk dikupas, walau hakikatnya saya seorang lelaki namun mungkin pesanan atas lapisan kesilapan dari kata-kata diatas sudah lama menjadi batu asas dalam hidup saya sendiri..
perkongsian lagi..juga ada yang pernah memperkatakan..
Wanita itu sendiri adalah rahsia
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya,
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya,
akal mengatatakan wanita cantik atas dasar
ilmu dan kepandaiannya,
ilmu dan kepandaiannya,
dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya. ....
menjaga diri wanita adalah ssuatu yang payah...SEMESTINYA...
Bukanlah berdasarkan seni kata-kata yang terukir menjadikan saya mahu menjadi seorang wanita.. tidak..tidak sesekali..tapi tidaklah salah jika menjiwai seorang wanita hatta kita seorang lelaki yang punya kelebihan sendiri,punya kelebihan dari sebuah pilihan selaku khalifah alam bumi.. pernah kita singkap ukiran sirah Khadijah isteri Rasulullah saw., Maryam ibu Isa as., Asiah isteri Firaun, Khaulah al-Azwar Penghayun Pedang Perang, Zainab al-Ghazali, dan ramai lagi tokoh wanita Islam yang gemilang. Termasuk juga wanita hebat yang melahirkan dan membesarkan kita.
Menyebut tentang ketabahan..hari ini sejauh mana ketabahan wanita2 hebat mempertahankan maruah dan musuh-musuh dalam lipatan, kukuh dibelakang benteng mempertahankan diri dari nafsu dunia, manusia dan bisikan syaitan dalam mengharungi dunia yang kian cenderung memusuhi kaum hawa ini..namun lihatlah betapa ketabahan mereka mempertahankan maruah.. 'menyelubungkan' diri dengan syriat islami..berbanding dengan kaum adam... yang saya fikir.. jika dalam hal menutup aurat adalah perkara yang mudah..menjaga maruah adalh agak enteng pada mereka...namu dsitulah ...tersingkap sbuah ketabahan seorang wanita yang perlu diteladani...
Lemah-Lembut....fitrahnya..memang begini..itulah gelran dan nama yang perlu dibanggakan wanita..bukanlah lemah-lembut itu adalah lembik... kerana wanitalah sayap kiri pada seorang lelaki..peniup kesempurnaan kehidupan...dan jangan mengatakan tidak atau menadfikan.. lemah-lembut wanita inilah yang mampu menggoncang dunia...!!... sedarilah!!
"Sesungguhnya lelaki dan perempuan Muslim, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, Allah menyediakan untuk mereka ampunan yang besar."Al-Ahzab ayat 35.
KESIMPULAN: Bukanlah satu kesipalan..bukanlah satu tomahan yang perlu dilemparkan dan kejian yang perlu dipalitkan pada seorang lelaki andai ingin menjiwai seorang wanita...kerana segala sifat yang dimiliki adalah anugarah illahi dan i'llah ianya saling melengkapi.. (asalkan jangan jadi wanita ya,susah jadinya)...apa yang dimaksudkan adalah bagaimana hati nurani dan sifat rohani seorang wanita itu yang dipilih Allah yang mungkin untuk diteladani kaum lelaki.....
p/s: siti khadijah dahulunya membelanjakan seberapa banyak hartanya untuk memperjuangkan agama..Aisyah r.a pula menjadi tempat rujukan para sahabat Nabi s.a.w mendapatkan nasihat.. dan lihatlah sumayyah..siksaannya yang ditempa didunia..syurga menjadi istirehatnya..saya sendiri tidaklah mengetahui sirah mereka secara mendalam..cuma..melihat secara kasar dan nilai yang cuba saya kupas dari apa yang dipertuturkan mereka disekeliling untuk dibawa bersama... begitulah saya dan mngkin anda diluar sana..cuba menggunakan jiwa yang serupa ini..untuk saling melengkapi... wallahualam...moga Allah ampuni dosa kita semua...ameeennn..
Comments