Siapa Kita Sebenarnya....
assalamualaikum wbt..
Sepantas kaki melangkah...sederap dua tapak menapak jejak..tersedar diri masih lagi terlena dibuai fantasi dan realiti dunia...walhal..jauh di dimensi yang lain..kita ibrat 'tertipu' dengan arus yang kita sendiri lalui... melihat kepada pengorbanan Rasulullah saw membina aqidah utuh serta akhlak yang luhur dalam kehidupan umatnya, melihat bagaimana kemantapan iman para sahabt, umpanya Saidina Hamzah yang digelar singa Allah sehingglah kebanggan kita terhadap perjuangan Sallahudin Al-Ayyubi mengukuhkan tapak perjuangan di bumi dan tanah umat islam...
Beberapa hari yang lepas...halaqah bersama sahabat2 mmbuatkan sya spti trsedak,trsedar dari sebuah lamunan.. dalam langkahan bersama menuju keredhaanNya...kecintaan mantap kepadaNya...rpanya seperti ada hijab yang membuatkan langkahan ummat hari ini seperti terikat penuh ketat...perkongsiannya ..
arus duniawi yang kita lalui sebagai jambtan ukhrawi..
rupanya masih banyak jalan yang berduri...
terasa payah.. rupanya 'duri dalam daging' yang menjadi racunan diri..
umat islam hari ini diibaratkan seekor singa yang dduk ditengah2 kawasan yang dikelilingi ratusan rusa yang diibaratkan sebagai kehidupan dunia ..
rusa yang cantik..punya tanduk yang menawan serta bulu kulit yang licin...memang cantik..
hakikatnya...singa merupakan seekor haiwan,raja rimba yang sangat berkuasa di rimba dan punya kekuatan luarbiasa...dan bila2 masa boleh membaham rusa disekelilingnya..
cuma perlu menunggu masa..buat keputusan..dan lakukan segalnya sekelip mata..
Namun..realitinya hari ini...ummat islam tidaklah seperti singa yang sebenar..apa yang difikirkan, dilaksanakan adalah..MAHU MENJADI SEPERTI RUSA..punya tanduk dan fizikal yang cantik..
sedangkan dia sendiri lupa, dia miliki keperibadian tersendiri..
punya keberanian,kepantasan dan kekuatan yang tiada tandingan..
tapi malangnya....pemikirannya adlah bukan mahu menjadi raja rimba yang sentiasa dalam kekuatan ttp mahu menjadi seperti yang lain dan tertipu sehingga mahu menjadi seperti rusa yang sebenarnya hanya cantik di mata tetapi lemah seluruhnya...
RUMUSANNYA: Singa yang diibaratkan sebagai umat islam yang secara asasnya adalah punya kekuatan yang tiada tandingan...itu adalah TAPAK dan ASAS..speri mana pada 2/3 dunia ini dikuasai kita semua... Namun hari ini kekuatan itu seperti tiada HARGA dan MAKNA...rusa yang diibaratkan sebagai kehidupan dunia yang serba indah tetapi MELALAIKAN menjadikan umat islam tertarik dan mahukannya dan seperti mahu menjadikan cara hidup yahudi/orang2 yg mmntingkan duniawi sebagai cara hidup... itu yang saya maksudkan SINGA YANG PUNYA KEKUATAN DAN KEBERANIAN LUAR BIASA...TAPI TIDAK MENGGUNAKANNYA UNTUK MENJADI SEEKOR RAJA RIMBA YANG BERKUASA.. TETAPI MAHU MENJADI SEPERTI RUSA YANG CANTIK LUARANNYA...TAPI LEMAH SELURUHNYA.... ..
p/s: bgtulah pentingnya tarbiah sesama kita...membangkitkan diri dari lena yang panjang..dan menguatkan langkahan dalam perjuangan meniup semboyan kebaikan dan kejayaan....saya sendiri masih terus mencuba menanamkan kefahamn dalam diri dan keyakinan serta kekuatan dalam diri demi mmperjuangkan diri untuk bertemu dengan pelbagai mehnah duniawi buat bekalan kejayaan ukhrawi.... doakanlah bersama....
Comments
Semoga manfaat tuk kita semua...Ameen..