Medan Kehidupan.....

biarlah dimata siapa sekalipun..
mudahnya dikala ini...
diri terhina sendiri..
terluka sendiri..
walau apa jua mehnah..
itulah jua duri yang perlu dihadapi...

merentasi samudera ini..
bukanlah sebuah kapal mewah yang dicari..
tetapi pelabuhan jaya yang diimpi..

walau luka masih berdarah..
itu bukan alasan untuk tidak terus melangkah..
tiada istilah 'kebetulan' dalam akidah..
kerana segalanya adalah iradah Allah..

Letaklah Allah dan Rasul sebagai yg utama
kerana disitu letaknya cinta yang sepatutnya..
letaklah kebaikan sebagai yang utama..
kerana itulah tanggungjawab yang perlu dilaksana..

perhatilah selalu yang terselindung..
walau luarnya lebih indah untuk dibicarakan..
kerana disitu letaknya nilai sebuah 'kematangan'
mencerakin minda membina pengukuhan jiwa..

selagi lurah ini diselusuri...
begitulah yang mungkin ditempuhi..
sejak awalnya terbit fajar
hinggalah tibanya kemalapan senja...

p/s: siapa yang tidak suka kepada kebaikan...kerana itulah keperibadian hakikat sebuah hati... binalah kepercayaan,keyakinan dan kefahaman untuk berkongsi kebaikan..walau ada payahnya, walau ada halangannya...marilah kita berusaha bersama...wallahualam



Comments

Popular Posts