Kini Dirasai..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, Maha Besar Allah SWT yang menjadikan aturan kehidupan yang tersusun dan kehadapan. Menghitung berapakah nilai syukur yang kita beri kadangkala menghambat hati dan perasaan betapa sombongnya sekeping hati memberikan selautan penghargaan kepada-Nya. Berkali-kali saya beristighfar. Moga-Moga Allah ampunkan segala kesalahan yang dilakukan dan memperkuatkan hati saya untuk terus bergerak menggapai izzah bagi agama yg paling direhai-Nya.


Nilai Pengorbanan


Hambatan kesayuan lagu A'syura dendangan Far East ckup membuatkan jiwa saya terlalu kerdil berbanding dengan insan-insan hebat yang memperjuangkan agama, hancurnya jasad mereka bermandikan selautan pekatnya darah, kepahitan yang dirasai dalam perjuangan menjulang kebaikan menjatuhkan kemungkaran dan sungkur jatuhnya mereka tetap berada dalam senyuman menyahut seruan syuhada'..Masya-Allah..

Mendapatkan sesuatu yang mahal itu memerlukan kita membayar dengan harga yang sangat tinggi dan kadangkala sehinggakan kita terpaksa menggadaikan segala yang kita sangat hargai dan sayangi. Hanya keyakinan yang teguh mampu membawa hati-hati yang hebat bermujahadah membuat segala pengorbanan demi menegakkan segala kebenaran.

Dalam melukis kehidupan hari, semakin banyak cabaran, mehnah dan tribulasi yang perlu kita akui dalam 'keterpakasaan', kerana itulah realiti zaman ini. Bermula dari pergolakan hati,pembinaan diri sehingglah memperjuangkan hak untuk orang lain dan berkorban demi sebuah kejayaan, segala tomahan terpaksa dihadapi, segala kritikan perlu diselusuri, segala fitnah trpksa jua diharungi, segalanya membawa nilai kesabaran dalam pengorbanan.

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk ke Syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan .......... "(Al-Baqarah2:214).

Biarlah Semuanya Berlalu Dalam Sepi

Dalam memperjuangkan sesuatu, banyak hal yang terpaksa ditanggungi, kadangkala malunya tak terperi, pedihnya menghris hati, hingga hampirnya jatuh maruah yang disanjung tinggi. Namun, perkuatkanlah jiwa, teguhkanlah semangat , hidup dan terus hidup membawa obor kejayaan. Biarlah segala yang dirasai tenggelam tanpa dirasai mereka-mereka yang tidak sepatutnya merasa tempias dari secebis kepahitan..biarlah semuanya hanya Allah yang menghitung dan hanya pada-Nya tempat kembali segalanya.

Masih Sehari Bergelar 'Jagung'

Hari ini, jangan dibandingkan dengan hari semalam, dan hari esok jangan berharap akan jadi seperti hari ini. Dalam menempuh denai kehidupan ini. Saya merasakan satu kekerdilan dalam mengenal erti pengorbanan. Jika dibandingkan dengan para sahabt Rasulullah saw, insan2 yg mmperjuangakn hak mreka di Palestin, insan2 yang mmperjuangkan agma Allah di medan mujahadah, siapalah saya yang ingin berbangga dengan tiada hasil dan tiada setanding pengorbanan seperti mereka2 semua. Saya percaya, hari-hari yang saya lalui, segala apa yang saya temui adalah apa yang ingin Allah tarbiyahkan untuk kita semua. Merasakan pengorbanan untuk sebuah nilai kehidupan.... Adakah saya dan anda bersedia? Moga Allah Jayakan dan Permudahkan......ameen

p/s: Saya tiada apa, jika kalian nampak apa yang ada pada diri saya yang boleh klian gunakan untuk diri kalian smua, silalah gunakannya....kerana itu semua ..adalh hak kalian semua jua...wallahualam

Comments

2_one said…
no komen...penulisan yg makin bgus
Dhan Pagurawan said…
Aamiin ya robbal'alaamiin....

Popular Posts