Membenci Setelah Mencintai....
Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum wbt...
Kita Cuba Untuk Bercinta..
Dahulunya, manusia bermula dari kejahilan, bangkit dengan keilmuan, kebijaksanaan serta keimanan. Gaulan tanah dari pelbagai pelusuk dunia inilah yang Allah gunakan untuk menciptakan sebuah ciptaan.. bernama insan. Betapa tingginya Kasih dan Sayang Allah, memberikan kita peluang dan ruang, merasai nikmatnya yang sering kita mungkirkan. Tapi sejauh mana kita merasai kebesaran dan keagungan yang Allah titipkan disetiap urat nadi keunikan ciptaan dan kebijaksanaan.? Berapakah nilai ketenangan yang boleh kita berikan bagi setiap firman Allah yang diwariskan dan dihayati oleh kita, dan berapakah harga kemanisan bagi setiap rukuk, sujud dan rintihan doa yang kita lontarkan bersama jiwa yang penuh dengan pengharapan? Mungkin ramai diluar sana juga merasakan seperti saya..disinilah kita mula bercinta, merasai segala nikmat bersama-Nya tatkala segala yang ada dapat dirasa sepenuh jiwa....
Mula Membenci Setelah Mencintai.
Ya, khalifah yang diutuskan di dunia ini pernah mencapai punjak kegemilangan, merasai segala nikmat yang dianugerah Tuhan, namun, jatuhnya tetap sama sepertimana ia bermula, kerana kejahilan. Itulah juga sifat insan, tetap berada dalam kelekaan dan kealpaan. Buat jiwa-jiwa yang pernah merasai nikmatnya bersama-Nya tidak akan pernah lekang dari ujian kerana itulah hakikat penentu keimanan. Titian hidup ini tidak pernah sunyi dari rasa kecewa dan putus asa, kerana disitulah sifat hati dan jiwa dalam mencari makna sebuah ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat sana. Namun, hati-hati yang sudahpun pernah merasai betapa manisnya bersama Rabbnya, tetap akan terus merindui walau terpaksa bermandikan kepayahan. Disinlah, hati akan mula membenci. Membenci setiap detik yang merugi tanpa ada interaksi bersama illahi, membenci setiap saat lidah dan hati tidak lagi ringan memuji illahi, membenci dikala, jiwa ini kosong tanpa Cinta Illahi..
Mula Merindui..
Jika hati sudah mencintai..pasti akan ada ketika ia membenci tatkala tiada lagi cinta yang terpatri.. namun ...disitulah hati mula merindui ...untuk kembali mencintai dan dicintai... Itulah yang saya dan mungkin kalian semua juga sedang usahakan... bersedia untuk mencintai, membenci dan berusaha mencapai cinta kembali? Doakanlah bersama....
p/s: betapa saya rindukan semuanya.........yang tak dapat diungkap dek kata-kata.... Allah, Rasulullah, Sahabatku........bantulah daku.... wallahualam,...
Assalamualaikum wbt...
Tatkala jari-jemari ini laju menyentuh papan kekunci, bibir ini terkatup rapat, ruang legar pemikiran ini jauh menerjah ke satu dimensi, seperti ada sesuatu yang tersekat di hati, seperti tidak mengizinkan keluarnya kata-kata, umpama terkunci semuanya. Moga Allah hamparkan hidayahnya buat saya dan kamu semua.
Sayup hati saya ketika seorang sahabat berkongsi kata-kata ditemani dengan sebuah kisah yang sentiasa saya sendiri rindukan... Seorang insan hebat yang merindui kita semua, yang mewariskan akhlak dan keperibadian mulia, seorang insan yang pernah menyatakan cinta dan rindunya pada kita semua. Seorang insan yang pernah mengalirkan air mata kerana rindunya pada kita semua... Ya Rasul Salam Alaika, Ya habibi Salam Alaika... insan penuh mulia..itulah Nabi Muhammad SAW.. tetapi, saya sendiri tidak pernah cukup mengenalinya, jauh sekali berusaha sebaik mungkin mengamalkan sunnahnya...

Comments