Tabahkanlah hatimu..

Angaplah semuanya satu mujahadah,
kerna itu yang dituntut oleh sejarah,
Jangan dikotori segala lakaran himmah,
Tabahlah menjadi seorang khalifah..

Anggaplah ini satu perjuangan,
andai gugur,
Moga semuanya dibawah keredhaan Tuhan..
Jangan dikesalkan segala kelemahan,
Tapi bangkitlah demi sebuah perubahan..

Biarlah monolog itu terus berbunyi,
Tapi jangan menyepi menyelusuri jalan ini,
kerna amanah itu lebih tinggi,
untuk dibawa dalam meniti hidup ini..

Anggaplah ianya semboyan kebangkitan,
Bersama akidah dalam genggaman,
Yang ada ini sudah harapan,
menangislah demi pengharapan
kecintaan dan keredhaan Tuhan..

p/s: yang ada ini sudah harapan kita (hamka)- satu kata2 yang sangat menyentuh jiwa~ buatmu..sahabatku..sama-sama kita harungi cabaran hidup ini..moga hadir cintaku pada kalian kerana Allah, moga kasihku padamu kerana Allah, i'llah fi jannah..ameen

Comments

Popular Posts