Kesunyian Itu.....

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Buat jiwa-jiwa yang merindui kasih dan sayang serta cinta Illahi, berbudilah pada hati, jangan dilupa juga, semikanlah kewangian islah pada insan-insan yang masih mencari dan mendaki puncak kebahagiaan hakiki. Saban hari, fajar menyinsing menjadi saksi lembaran nikmat yang jarang kita syukuri. Bertahun-tahun, kesuraman senja yang berlabuh menjadi tanda bermulanya pengabdian hamba dimalam hari, namun jarang sekali kita hargai....

Hari-hari yang dilalui kini semakin semakin membuka gedung-gedung pengalaman dan kematangan. Tetapi, hiruk-pikuk kesibukan duniawi hari ini, seperti seni yang infiniti maknawinya yang  pada ana sendiri. Begitulah, setiap kali memndang wajah sahabat, mmbelek dan mnatap helaian-helaian tafsir mukjizat anugerah Ar-Rahman, bersimpuh dibawah ketenangan munajat, ana merasakan suatu kesunyian yang tidak dapat ana ukirkan melalui lisan, moga melalui penulisan ini, ana dapat kongsikan monolog yang tidak pernah sepi.

Kesunyian Yang Menggamit Rindu.


Ya Allah kurniakanlah aku lisan yang lembut basah, mengingati dan menyebut namamu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatmu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahmu.....
Sesungguhnya Allah menjanjikan ketenangan buat jiwa-jiwa yang sentiasa mengingati diri-Nya.Namun, tatkala hati ini lalai, meraba-raba dalam kejahilan dan kemaksiatan, mencari sinaran hidayah buat panduan kehidupan, dsitulah hadirnya kesunyian yang membungkam, merisik ketenangan, namun tiada jua kata putusnya. Puas mencari disetiap detik dan saat yang berlalu pergi, namun milik Allah jua segala taufik dan hidayah. Jauh merasakan diri ini tidak layak digelar khalifah yang membawa beban amanah Ilahi. Betapa kesunyian ini menggamit rindu bercinta dengan-Mu....

Kesunyian Yang Menyemai Ketenangan.

Dalam kesibukan yang dilalui sban waktu, hilai tawa teman-teman, seri wajah sahabat-sahabat, tarbiyah rohani yang mengisi hati cukup merasakan kesunyian yang tak terungkap dengan kata-kata. Sehinggakan satu ketika, walau ramai teman disisi, kesunyian itu tetap menemani hati, seperti tidak mempedulikan segala yang terucap dan terungkap. Kesunyian yang membwa ke satu dimensi pengasingan yang bukan disengajakan. Andai kesunyian ini menyemai ketenangan, moga Allah suburkan selalu, moga Allah harumkan selalu, nikmat ketenangan sebagai hiburan walau diri bergelumang kelalaian..

Kesunyian Yang Tiada Noktahnya.

Sekembali dari liqa'(perjumpaan) bersama sahabt2 'circle' di penghujung semester, ana merasakan, betapa  ana masih memerlukan dan diperlukan oleh semua. Bukan penghrargaan tapi kefahaman dalam menyemai 'keislaman' dalam setiap sanubari itu yang seharusnya bersemi.Bukan kebanggaan kepada diri yang harus dianagkat tinggi, tetapi meraskan mewahnya islam itu yang harus dimiliki... Sungguh ana rindukan untuk bersama sahbat-sahabat merasai 'izzah ketenangan dalam agama ini, sungguh ana rindukan hati yang sunyi tanpa kemiskinan dan kepapaan, betapa semua itu ibarat mutiara yang tiada nilainya didunia...

Antum semua........sungguh KESUNYIAN INI MENGGAMIT HATI DAN PERASAAN.....

p/s: buat sahabat-sahabat 'circle' . Ana harap kerinduan dan kecintaan akan bersemi,terlukis dan mewarnai kasih sayang pada hati-hati kita semua.. Antum adlah permata yang ana harap dapat membantu ana dan diri antum sendiri merasai indahnya menjadi hamba.. Buat sahabat-sahabt dan murabbi ana. Jauh merasakan diri ini berbanding antum semua...Perkenalan ini bukan satu kebetulan...i'llah satu kerahmatan.... Qalbun saliim... impianku......

Comments

2_one said…
emm..nice..teruskan..moga diberkati.......

Popular Posts