Syukur Kita Punya Mereka.......
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum wbt,
Salam rindu, salam kasih, salam sayang buat ibunda tercinta yang jauh dimata, buat ayahanda yang belaian tangannya masih ku terasa,… salam hormat buat insan bergelar along dan abang ...buat insan yang selalu menceriakan hati ini tatkala kaki menginjak masuk ke rumah, syurga dunia, taman bahagia buat jiwa…...adik-adikku….ku sebut nama kalian dihati ini tatkala rindu…….
Sebak hati ini menukilkan kata, berkongsi rasa yang tak tertahan dan terbendung dijiwa..belasan, puluhan tahun…menginjak satu persatu pengalaman manis, pahit dan segala rasa…. kian tercipta… Akak,abang dan adik-adikku, ayuhlah kita syukuri nikmat Illahi, dikurniakan ayahanda dan ibunda yang cintanya pada kita semua tidak pernah dibeza-beza, belaian dan ketegasan yang sentiasa disulam kasih dan sayang sejak kita dilahirkan sehinggalah hari ini mampu menjejak kaki ke menara gading, inilah hasrat mereka, hasrat ibunda yang tidak pernah tercapai dahulunya, tetapi cukuplah melihat anak-anak yang berjaya menggapainya….
Liku-liku perjalanan,
Banyak yang kita lalui bersama,
Susah payah, jerih-pedih bukan kita yang merasa,
Tetapi merekalah yang menderita,
Demi kelangsungan hidup kita semua…
Mewahnya terasa, tetapi mewahnya dijiwa,
Harta yang sederhana,
Seperti mencakupi segala-galanya,
Kerana bukan nikmat dunia yang menjadi tujuan utama,,
Namun kasih dan sayang itu
Menjadi tunjang utama…
Inilah rahsia mereka…
Menjadikan kita semua tetap bersama,
Dalam besederhana, namun masih kaya
DIJIWA…
Terima kasih mak bapak….
Along,abang dan adik-adikku.. hargailah mereka selagi ada…….
p/s: sungguh ku rindui mereka semua..moga setiap ujian yang dihadapi dapat kami tempuhi bersama..kerana kami tetap satu keluarga…hingga ke syurga……I’llah……
Comments