Musafir Hamba Pendosa...
Kau yang menciptakan cinta
dan Kau juga yang menghampar bahagia
diribaanMu terbina harapan
impian tulus setiap insan...
Kau yang mengutuskan duka
dan juga yang mengirimkan hampa
namun padaMua jua diadukan
merebahkan keresahan dan tangisan......
Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum wbt..
Penulisan yang tertulis kali ini ana mulakan dengan 'mata pena' nukilan sebuah lirik kata yang mengagungkan Yang Maha Esa yang Maha Memberikan segalanya. Saudaraku sekalian, luka dan darah yang mengalir pada tubuh Rasulullah junjungan mulia, hirisan serta hunusan pedang yang pernah terparut di tubuh para sahabat.. itulah yang menjadikan panji-panji islam terus berkibar megah seantero dunia buat ratusan tahun. Namun, kibarannya kabur diselubungi kabus jahiliah yang kembali menerjah dalam kalangan umat akhir zaman hari ini, umat yang pada asasnya, umat yang Terbaik, umat yang Terpilih...umat Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W, yang mana pernah mengalirnya air mata baginda mengenangkan insan-insan yang merindui baginda walaupun tidak kelihatan di hadapan mata.
Dalam melukis lukisan kehidupan, pelbagai perkara yang akan kita pertemukan, kadang-kala, tidak semua perkara yang kita harapkan akan menjadi kenyataan, kerana, bukanlah segala usaha kita yang akan membuahkan keberhasilan, tetapi Allah jualah yang akan MENATIJAHKAN setiap keputusan.
Mentari Pagi : Sinar yang dinanti
Rasulullah SAW, apabila beliau ditanyakan, apakah itu dosa? Baginda menjawab:
"Dosa adalah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya."
Hati itu juga berbolak balik, fitrahnya hati yang cintakan kebaikan tetap juga akan terpesong kiblatnya dek kerana kejahilan yang melata. Namun disinilah kita perlu bermuhasabah, mencari titik nisbah dalam merencanakan bagaimana harus diperbaiki semula hati yang mula mati. Percayalah, percayalah dan percayalah, andai kejahatan yang kita pilih, hati tetap tidak akan tenang sepertimana yang diwasiatkan baginda, oleh itu, carilah cahaya yang mampu menerangi kembali hati, tatapilah dan perdengarkanlah firman-firman Allah, bergaullah dengan sahabat-sahabat yang soleh, nescaya kau akan temui sinar di pagi hari buat bekalan sepanjang hari..insya-Allah...
Arus Sungai : Derasnya Terasa Tetap Diharungi Jua
Firman Allah, surah Al-Ankabut: ayat 69, bermaksud, “Dan orang orang yang bersungguh sungguh (melawan nafsu) kerana-KU, maka dia itu akan diberi petunjuk kepada jalan jalan-KU.”
Ya, bersungguh-sungguh, jika kita mentadabbur ayat ini, Allah katakan kesungguhan yang teramat tinggi diperlukan dalam melawan 'musuh' diri sendiri yang bakal me'lukai' diri sendiri, kerana bukan mudah berperang dengan diri sendiri. Kerana kitalah yang akan merasai kesakitannya, kita jualah yang akan merasai kepedihannya. Nafsu terhadap duniawi, itulah yang bermulanya perang nafsu dan hati. bagi ana, itulah perjuangan dan jihad yang perlu ditempuhi setiap detik yang berlalu, dengan tanggapan yang pelbagai, dengan sesuatu yang diharapkan tidak seperti direncanakan, semua itu kadangkala terjadi atas kelemahan sendiri yang mengutamakan nafsu daripada Hak kepada hati, iaitu cinta Illahi....
Angin yang bertiup : Harapan yang tidak pernah putus
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Katakanlah, wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas (melakukan dosa), janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah… (al-Zumar: 53)
Biarlah apa yang telah berlalu itu disisip kemas buat pedoman hari kemudian. Biarlah yang terjadi menjadi nadi kekuatan meniti setiap hari yang dinanti. Untuk yang akan datang, bermulalah dengan hakikat syukur dan sabar, serahkanlah pada Allah dengan apa yang telah diniatkan dan diusahakan. Bukanlah tangan yang kita miliki hari ini 'penjamin' kejayaan masa akan datang, tetapi kebijaksanaan Allah jualah dalam mengaturkan segalanya..ayuhlah, peringatkanlah juga diri ini.... La Tahzan, Innallahamaaana...
p/s: bertemu dengan sahabat-sahabat, rijal-rijal penggerak ummah, menjadikan ana merasakan...... MANISNYA TARBIYAH RASULULLAH........wallahualam..moga hidayah milik kita semua....
Comments