Kami Adalah Pengembara : Yang Dahagakan Kemanisan dan Taubat..

.. Suatu hari Nabi saw tidur diatas tikar, lalu bangun dari tidur dalam keadaan badannya terdapat kesan tikar tersebut. Lalu para sahabat berkata:

“ Bagaimana kalau kami berikan kepadamu tilam yang empuk ?”

Baginda saw menjawab:



“ Kenapa aku perlu untuk cenderung kepada dunia sedangkan aku penuntut akhirat. Aku hanyalah di dunia ini seumpama musafir yang menunggang kenderaan yang singgah di sepohon pokok, kemudian berangkat meninggalkannya.” Hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Majah

Nabi Muhammad saw bersabda dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: ”Jadilah kamu di dunia ini bagaikan perantau/pengembara atau pelintas jalan”. – Hadis Riwayat al-Bukhari, dalam Sahih al-Bukhari bisyrh Fath al-Bari ..

Ayuhlah kita menjadi pengembara yang membenarkan kata-kata Nabi Muhammad saw dan firman-firman Allah,.

FIRMAN Allah bermaksud: ”Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan”. – Surah al-Qasas, ayat 77

Mengembara : Destinasi Meraih Kebenaran dan Kemanisan

Seorang akh berkongsi..

"Hari yang lepas jadikan pengajaran. Rutinkan taubat setiap waktu. Akh, mujahadahlah. Bukan antaseorang punya masalah seperti ini, malah ratusan, ribuan lagi para Mukmin yang punya masalah yang sama. Mujahadah tu perit nak dilaksanakan, tapi ingat dan yakinlah akhidalam peritnya mujahadah, di situlah letaknya kemanisan beribadah. ALLAH menarik rasa manis beriman dan berukhwah kerana maksiat yang sering kita lakukan. Lalu korbankanlah rasa manis dunia yang sementara, tinggalkanlah dosa untuk dapatkan lazatnya berIslam dan manisnya akhirat. Kalau antarasa tak sanggup nak tinggalkan, atau tak mampu nak tinggalkan, semua perasaan itu hanya kerana kurangnya mujahadah atau sekali lagi, kerana telah terpedaya dengan tipudaya syaitan."

Moga Terus Kekal di Jalan Taubat

Ya ALLAH Ya Tuhanku, bukan aku tidak tahu, bukan aku tidak sedar. Tetapi kerana lemahnya mujahadah dan kemahuan, makin terhakisnya iman kerana maksiat yang aku lakukan. Ya ALLAH Ya Tuhanku, hanya kepada-MU tempat ku merintih dan mengadu, kuatkanlah jiwaku, bersihkanlah ia dari kekotoran dosa, janganlah dijauhkan hidayah-MU daripadaku, ampunkanlah aku, bantulah aku. Betapa banyak nikmat dan kasih-sayang MU yang telah ENGKAU kurniakan, namun terlalu sedikit yang aku syukuri.Ya ALLAH Ya Tuhanku, telah sekian lama aku menzalimi diriku sendiri, namun tidak putus-putus aku memohon ampunan kepada-MU. Ampunkanlah daku, dan janganlah golongkan daku dalam kalangan mereka yang rugi, di dunia dan di akhirat. Ameen Ya Rabbal 'Alamin.

p/s : taubat itu perlu mujahadah ..mujahadah itu ada manisnya ibadah..i'llah..sama-samalah kita usahakan..

Comments

From Me to WE said…
Mg d'izin Allah miliki keindahan akhlak Rasulullah saw. Nice entry!

Popular Posts