Kembara Seluas Lautan, Sehening Padang Pasir


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualikum wbt,

Sahabatku, telah sekian lama kita menginjak kaki di bumi Tuhan, merasai jutaan nikmatnya yang tak terkira, nikmat melihatnya kecantikan, kehebatan , mendengar pelbagai jenis suara yang singgah di gegendang telinga, cukup mengasyikkan, apatah lagi nikmat bernafas dan melalui denai kehidupan ini.
Apa khabar hati kita agaknya? Adakah ia cukup merasakan syukur sepanjang menemani kita merasai nikmat manis, pahit dan segala warna-warni hidup? Harapnya, ia merasa sangat bersyukur, kerana semuanya adalah datang dari Allah jua. Sahabatku, kita boleh meminta semuanya, tetapi ingat .. Allah yang memberi...Kita boleh menerima, tetapi kita tidak boleh menolak, kerana itu sifir syukur. Menerima dengan seadanya, tidak menolak dengan kesombongan. Masya-Allah, betapa suci bersihnya jika kita memiliki hati yang suci murni sebagai peneman mengharungi kembara yang seluas lautan, sehening padang pasir ini.... Subhanallah..

Kembara Seluas Lautan : Sedalam ilmu dan pengalaman.

"Katakanlah: "kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habis lah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)". Surah Al-Kahfi: 109

Sahabat syahadahku, pasti kita semua pernah merasai nikmat melihat keindahan lautan bukan? Ya, kebiruannya yang menenangkan, angin bertiup lembut menyinggah dimuka kita sambil alunan lagu nyanyian sang ombak yang sangat mendamaikan. Subhanallah, lihat pula kandungan airnya yang sangat banyak, tidak terkira isi padunya, itu baru dilihat kepada luasnya lautan, belum dilihat dalamnya lautan, pasti tidak terkira banyaknya kandungan air yang Allah limpahkan diatas muka bumi ini buat tatapan kita semua.Subhanallah, tiada siapa dapat tandingi.

Bagaimana pula dibandingkan dengan kita yang ilmunya diibaratkan setitis air, sebutir pasir dan sekecil buih ditepian pantai..lemahnya kita seorang hamba. Sahabatku, selama mana kita menyelami kehidupan berpandukan iman, melayari badai lautan dengan ketaqwaan, kesabaran dan ketabahan pasti ianya melakarkan satu pengalaman dan dapatan ilmu yang dicurahkan Tuhan. Begitulah juga kembara kita selaku hamba, menikmati satu persatu nikmat Allah SWT, menceduk satu persatu sesudu ilmu Allah, merasai kesukaran badai kehidupan, menghadai segalanya dengan semangat dan keimanan, pasti kita akan temui satu keindahan. Keindahan dan kemanisan yang tidak akan pernah dirasai sesiap pun, kerana kita yang melalui, menatapi sebuah episod pengembaraan. Kembara Seluas Lautan.

Sehening Padang Pasir : Antara Iman, Kefahaman dan Kemanisan.


Imam Ibn Qayyim pernah berkata :
"Orang yang berjalan mesti memiliki semangat yang akan menjalankannya dan menyampaikannya ke puncak. Sedangkan ilmu hanya menyuluh dan menunjukinya.

Masihkah kita ingat sirah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s?
Sahabatku, jika kita berasa lemah, lihatlah kepada ketabahan siti hajar. Dengan penuh kerelaan, keterbukaan dan keredhaan, merelakan Nabi Ibrahim menuruti perintah Allah. Sanggup ditinggalkan untuk sekian lamanya, bertahun-tahun. Saat ditinggalkan, masih kecil tubuh Nabi Ismail, berlari-lari anak dari bukit saffa ke marwah demi mencari seteguk air demi anak tercinta. Tetapi hasilnya, tiada apa untuknya dan anaknya. Tetapi sahabatku, hasil dari pengorbanannya, kesabaran dan ketabahannya, Allah turunkan nikmat air yang sehingga kini tidak pernah berkurang, malahan menjadi bekalan seluruh pedagang-pedangan dan sehinhha saat ini menjadi 'cenderamata' buat ummat seluruh dunia. Subhanllah, disanalah Allah mentarbiyah Siti Hajar betapa pengorbanan kepada Allah jualah menjadi wadah turunnya hidayah, kefahaman, dan kejituan iman. Subhanallah.....

Oasis Kehidupan : Perubahan Hanya Terbayar dengan Mujahadah dan Kesabaran.

 Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan(untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar  [ Albaqarah : 153 ]




Ayuhlah kita bermuhasabah, tetapkan kekuatan tanpa melayan kelemahan, tanyalah diri kita dimana tahap kita untuk mendaki tangga syurga Allah. Moga kita tetap sabar dalam menadah tangan meminta keampunan dan keredhaan Allah... SALAM MAAL HIJRAH... 1433H kini..kita teruskan pengembaraan seterusnya..



Comments

Popular Posts