Lagu Jiwa Kita
"Bro, aku siyes suka gilaa kat lagu ni.."
"Lagu ni,bila aku dengar . teringat masa tu..."
"Aku sukalah lagu ni,siapa penyanyi dia?"
"Lagu ni,bila aku dengar . teringat masa tu..."
"Aku sukalah lagu ni,siapa penyanyi dia?"
Hakikatnya.
Manusia tetap sehingga bila-bila sukakan hiburan. Di syurga, Tuhan juga banyak menceritakan dalam firmanNya tentang ciri-ciri syurga yang penuh dengan nikmat dan hiburan.
Lagu dan nyanyian adalah antaranya. Tidak kisahlah daripada mana asal usul lagu yang kita dengar, bahasa apa mahupun gender yang bagaimana, yang penting adalah ianya cukup mengusik dan menghiburkan sang hati yang kadangkala sedang bermuram durja mahupun yang sedang berbunga seindah tasik titiwangsa.
Lagu & Kita
Kenapa kita tidak menunggu-nunggu syair nan indah dari Shakspere buat peneman jiwa, atau mengharap karangan lirik baru Beethoven memeluk damai hati kita?
Kerana, Maha Hebat Tuhan menjadikan manusia tidak pernah putus dengan idea. Mengarang bait lagu yang kena jiwa pada zaman yang sepatutnya.
Orang dahulu berbangga dengan hiburan mereka, begitu juga selayaknya anak-anak hari ini mereka suka dengan halwa telinga yang kena dengan selera mereka. Kerana lagu tetap akan punya pengarang baru. Ya, sentiasa ada. Jangan pula bertegang urat meraih menang zaman mana paling baik.Oh malang kalau begitu.
Hiburan Yang Menyatukan
Ada satu hiburan yang turut berunsur irama dan tulisan. Yang saya jamin Ianya adalah karangan yang sentiasa hijau dalam pandangan . Tidak perlu pengarang baru untuk mengubah cetak 'liriknya'. Sentiasa enak untuk,
Dibaca,
Dilagukan
Ditafsirkan,
Dilagukan
Ditafsirkan,
Ianya adalah Al-quran.
Dibaca dengan tona lagu yang mengasyikkan cukup membuatkan jiwa tenang. Tidak pernah membosankan seperti lagu2 ciptaan manusia apabila diulang suara.
Tidak percaya?
Jangan tipu jiwa yang sukakan hiburan.
Sebenarnya kita yang memilih untuk tidak atau membacanya.
Nak rasa.
Bacalah :)
Asyraf Alpandi
Comments