Motivasi : Kesilapan Itu Pembuka Jiwa



Dosa Menghimpun Hiba

Seperkara sebelum membaca puluhan frasa-frasa berikutnya, cuba insafi sejenak kesilapan kita yang lalu. Barangkali, kesilapan yang ada menjadi salah satu sebab mengapa jiwa kita terasa kosong.

Ya, kosong. Bagaimana? Apabila mendengar Firman Tuhan seperti tidak terasa apa2. Malah ibadat juga seperti melepas batuk ditangga kata bidalan orang lama. Berasa penat semata.

Dan. Kerana dosa juga boleh jadi jiwa selalu merasa hiba. Hiba mengenangkan Terlalu banyak kesilapan kita sebagai hamba.

Usah Putus Asa. Kongsikan.

Hendak berkongsi silap masa silam memang kadangkala mengundang segan. Malah, tidak dianjurkan juga membuka aib sendiri. Tetapi, dengan Tuhan ianya adalah kewajipan dan saranan kerana dengan cara itulah kita beroleh ketenangan dan panduan.

Kita manusia. Dibekal pula nafsu yang pelbagai keinginannya. Mustahil kita tidak pernah tersalah langkah bukan?

Cuma, bagaimana kita memberi makna kepada kesilapan kita. Pertama, adakah dengan sekadar membiarkan ianya berlalu pergi atau keduanya bangkit dari kesilapan, mengadu pada Tuhan dan bangkitlah kembali.

Sesungguhnya benih seandainya terjatuh di tempat gelap, tunasnya akan tumbuh mencari terang sinar matari walau terpaksa berliku keluar melusuri sempitnya batu.

Penutup: Kesilapan Pembuka Jiwa

Orang yang pernah tersilap, adalah mereka yang bertuah. Kerana itu adalah petunjuk untuknya menjadi hamba yang lebih baik.

Pandanglah kesilapan kita sebagai nikmat dari Tuhan demi menjadikan jiwa kita lebih tenang tatkala kita mengadu padaNya.

Sememangnya tidak mudah. Sebab itu lumrah.

Lumrah di dunia untuk berjaya.
Kesakitan itu perlu dilalui dahulu.
Kemanisannya akan datang selepas itu.

Lupakan. Jadilah insan yang lebih baik.

Hamba Tuhan
Asyraf Alpandi

Comments

Popular Posts