Pemuda : Bila Kita Boleh Berubah?
Dunia Ini Terlalu Tua
Terlalu tua ini telah lama dirakam dalam perjalanan Nabi ketika isra' dan mikraj satu lama dulu. Itu dalam lingkungan 1000 tahun yang lalu. Logiknya jika hari ini, bumi yang kita diami ini benar-benar terlalu tua.
Tetapi, mungkin kerana kisah ini jarang diketengah secara berkala,kita terlupa seketika. Tidak mengapa, itulah sebab kita digelar manusia. Tidak begitu?
Berpesan-pesanlah, supaya kita sering ingat bahawa dunia ini sudah lama menanggung perih dosa manusia di dalamnya. Bumi ini juga makhluk. Sampai masanya Tuhan akan 'ambilnya' semula. Bilakah saatnya?
Hanya Tuhan yang tahu perihal itu. Maka, adakah masih ada ruang dan masa bagi kita?
Masa Kita Terlalu Singkat
Dalam sekelip sahaja kita sudah melepasi usia kanak-kanak,malah remaja mungkin. Seperti baru semalam bergebang kosong dengan rakan-rakan di sekolah rendah dan menengah. Juga, seperti baru semalam melalui keindahan zaman belajar. Hari ini, usia kita semakin menginjak jauh. Cepat bukan?
Maka, perubahan juga tidak perlu menunggu masa. Oh ya, maaf juga kerana saya yang menulis ini juga kadangkala bertangguh-tangguh mengubah peribadi menjadi lebih baik.
Astaghfirullah.
Penutup : Bila Perlu Berubah?
Hendak ditunggu bulan malam meneman senja, mana tahu hujan renyai menutup harap.
Hendak ditunggu matari menyinar menghangat di waktu pagi, mana tahu nyawa ditarik di malam hari.
Berubah tidak perlu menunggu kita memiliki segunung ilmu. Jika sudah Tuhan menjentik hidayah, terima lah dan ubahlah. Kemudian, ilmu akan hadir dengan kesungguhan kita untuk berubah.
InsyaAllah.
Dunia sudah Terlalu Tua.
Zaman kita ini juga pengakhirannya.
Maka, usah ditunggu lama.
Zaman kita ini juga pengakhirannya.
Maka, usah ditunggu lama.
Ayuh Pemuda
Hamba,
Asyraf Alpandi
Asyraf Alpandi
Comments