Pemuda: Kembalilah !
Kita Di Mana?
Ramai antara kita mengeluh. Mengeluh kerana hambatan ujian dunia yang sentiasa saja ada saban masa.
"Susahlah nak hidup macam ni."
"Asyik-asyik aku saja yang kena. Orang lain tak kena pulak"
"Apalah nasib aku ni. Malang-malang"
Mungkin ini situasi biasa bukan? Biasa bagi jiwa yang kering dengan ketenangan dan tidak pasrah pada Tuhan. Orang yang yang tenang,hatinya sentiasa ingat setiap ujian adalah nikmat Tuhan untuk meninggikan martabat. Apa jua keadaan, jiwanya akan berbisik,
"Astaghfirullah, adalah tu Allah nak bagi sesuatu,sebab tu dia uji aku."
Mungkin.
Kembalilah Teman!
Jangan elergik dengan perkataan kembali mahupun taubat. Walau ribuan tulisan menukilkan perkataan ini, bukalah hati bahawa kita sememangnya perlu sentiasa kembali kepada Tuhan demi kelestarian ketenangan.
Oh sebelum terlupa, apabila kita menjengah ke alam kematian. Alam barzakh. Pernah tak kita terfikir untuk memiliki teman?
Ya, teman. Ianya adalah Al-Quran. Kitab yang kita tahu padanya ada ratusan ayat yang bila dibaca,pasti menggamit rasa tenang didada,sejuk diwajah. Cuma, sudah berapa lama kita tidak 'bertanya khabar' kepada bakal teman dan kawan kita ini?
Kalau sudah bertahun, ataupun berbulan-bulan, mahupun sudah berapa lamapun kita tidak membaca al-quran., saya syorkan bukalah segera mungkin.
Jiwa akan terasa lapang, walau apa pun cabaran yang datang menjengah. Dan paling penting,kita sudah berusaha untuk memiliki teman di alam kubur kelak.
Teman yang akan sentiasa bersama dengan kita apabila berhadapan dengan malaikat munkar dan nakir.
Penutup : Terpulanglah.
Penulisan ini sekadar peringatan.
Bahawa kembali membaca Al-Quran akan membebat keresahan kita sebenarnya.
Malah, ianya sekadar perkongsian, bahawa rasa manis membaca Quran ini hanya bagi sesiapa yang membacanya.
Jika hidup mahukan teman.
Mengapa tidak ketika sudah melalui kematian?
Mengapa tidak ketika sudah melalui kematian?
Terpulanglah.
Hamba Tuhan
Asyraf Alpandi
Comments