Motivasi : Kita Tidak Pernah Sempurna



Tiada Yang Sempurna

Sempurna ini satu perkataan yang cukup indah bukan? Walau bukan milik kita,tetapi yang memiliki kesempurnaan itu pastinya indah. Itulah dia Tuhan yang menciptakan kita semua.

Kita? Tiada siapa antara kita yang sempurna.Kita miliki kelemahan masing-masing.Apatah lagi sering saja dosa dan maksiat kita calitkan pada diari harian.

Kita juga memiliki nafsu yang kadangkala sukar dijangka sifat dan keadaannya. Terkadang tersilap pada memandu nafsu hingga tersadung pada dosa.

Kerana kita memang tidak sempurna.

Ketidaksempurnaan Adalah Nikmat
Biasa kita dengar kekurangan kita adalah set untuk melengkapi Orang lain. Ya,boleh jadi.

Cuma,bagaimana dengan ketidaksempurnaan adalah nikmat?

Apabila segala kekurangan kita itu menjadikan kita tertunduk berasa diri adalah hamba yang memerlukan Tuhan.

Ya, memerlukan Tuhan.

Pada ketika itu, terasa bahawa segala ketidaksempurnaan itu adalah nikmat dari Tuhan untuk merawat jiwa kita.

Bila tersilap melakukan dosa. Kembali memohon ampun pada Tuhan.

Bila kita tidak memiliki apa yang Orang lain miliki. Kembali pada Tuhan dan bersyukurlah dengan apa yang ada.

Bila Orang lain mengata dan menghina kelemahan kita. Kembali pada Tuhan untuk meraih kekuatan.

Penutup

Kita pasti berasa lemah apabila hati berasa sedih dengan ketidaksempurnaan yang kita miliki.
Itu lumrah.

Maka,kembalilah lumrah itu pada Fitrah. Fitrah yang inginkan ketenangan.
Dengan kembali kepada Tuhan.

Semua orang tidak sempurna.
Cuma yang membezakan, siapa yang lebih mengingati Tuhan yang Maha Sempurna

Asyraf Alpandi

Comments

Popular Posts