Pemuda: Lidah Pembunuh!
Lidah : Mengapa Pembunuh?
Mengapa? Kerana hati kita sendiri banyak disakiti olehnya, sehinggakan merentap dan membunuh semangat.
Sebab itu ada kata-kata yang mengatakan lidah lebih tajam daripada mata pedang. Boleh jadi, ianya juga membunuh lebih dari sekali!
Maaf pembaca kalau nada tadi agak serius sedikit.
Kerana biarlah bukan kita yang menjadi pembunuhnya.
Pemuda : Jangan Membunuh
Ramai daripada kita kadangkala tidak sedar, dalam perbualan harian terselit gurauan yang mungkin menyakiti hati orang lain. Malah lebih berbahaya jika perbualan kita itu ada pula fitnah dan umpatan.
Sekali ianya tercalar di hati orang lain, maka selamanya memori itu tersimpan dan tersemat kemas walau maaf dihulur menutup silap. Malah, maaf itu hanya boleh diterima jika ianya diminta dan diterima oleh orang yang disakiti itu sahaja.
Bagaimana pula jika kita menyakiti berulang Kali? Bukankah kita membunuh jiwa dan hati mereka berulang Kali?!
Muhasabah
Renungkanlah,
Walau kita memuji dibelakang tentang seseorang,tetapi pujian itu tidak disukai jika diperkatakan dihadapannya sudah dikira mengumpat. Bagaimana pula jika ianya tentang keaiban?
Walau kita berkata tentang seseorang walau tidak menyebut namanya sudah dikira umpatan, bagaimana pula jika disebut nama,ditomah fitnah dan cela?
Walaupun kita punya segalanya, tidak bererti kita berhak menyakiti sesiapa sahaja.
Akhirnya, diam adalah solusinya.
Bercakaplah bila perlu.
Berkatalah pada masa dan bahasa yang menyenangkan.
Bercakaplah bila perlu.
Berkatalah pada masa dan bahasa yang menyenangkan.
Kerana sejarah mengajar kita,
Agama dibina bermula dengan pembinaan akhlak dan keperibadian.
Agama dibina bermula dengan pembinaan akhlak dan keperibadian.
Jangan membunuh lagi!
Asyraf Alpandi
Comments