Pemuda:Mengapa Masih Bersifat Langit?



Salam Hipster

Maaflah jikalau istilah Hipster ini tersilap tafsirannya. Sekadar meraikan arus anak muda hari ini yang ingin kelihatan lain daripada yang lain. 

Tidak mengapa,cuma dalam kita mengisi keinginan nafsu, jangan lupa pada garis panduan yang agama telah tunjukkan. Senyum.

Bersifat Langit

Kata Prof hamka dalam buah fikirnya,

Manusia berasal dari tanah, berdiri di atas tanah, makan hasil juga dari tanah dan akan kembali kepada tanah.

Maka, layakkah kita bersifat Langit? 

Ya,bersifat langit. Langitkan sifatnya tinggi nun jauh di atas. Justeru, bersifat meninggi diri adalah begitu kontra dengan fitrah kita wahai pemuda.

Jika kita merasakan diri kita lebih daripada orang lain, ingatlah bahawa tanah Bumi ini sedang diinjak sama oleh kita tidak kira darjat ,rupa, mahupun harta yang kita ada.

Jika kita merasakan orang lain lemah dan tidak sehebat kita, ingatlah bahawa nama,pangkat ,sanjungan semuanya akan dimamah tanah pabila usia menemui penamatnya.

Tanah yang kita pijak ini saban hari menyaksikan manusia yang dicipta darinya sendiri melakukan keingkaran,berlaku sombong dan lupa betapa dirinya sekadar tanah yang dipinjam roh demi mengabdikan diri kepada Tuhan semata-mata.

Muhasabah
Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki. Samada lebih atau kurang berbanding orang lain.

Sentiasalah mengelak berasa diri kita cukup tinggi berbanding orang lain sedang hakikatnya kita juga sama-sama berasal dari tanah dan kembali juga nanti ke tanah.

Diam.
Senyum.
Katakan pada diri.
Ya Tuhan, aku ini hanya hamba.
Hamba kepadaMu.


Asyraf Alpandi

Comments

Popular Posts