Motivasi: Abaikan Kata Yang Menghiris!



Pembuka Kata : Matahari

Saya sangat suka dengan alam. Kerana dengan alam,Tuhan banyak mengajar tentang erti hidup. Ya, tak tipu.

Matahari contohnya, sedari dulu manusia memaki hamun dirinya. Bila terik menikam peluh, dikatanya terlalu panas. Bila hilang ditutupi awan malap, dicemuh mana pula perginya.

Tetapi, Matahari tetap teguh. Dia tahu pekerjaannya. Dia tahu bila mana dia perlu muncul dan menghilang. Tidak lain,demi kebahagiaan manusia jua.

Apa yang penting, tomahan berbentuk apa pun, dia yang menanggung segala kepanasan saban masa.

Kita Dan Manusia

Ada satu ketika, tidak semua Orang memahami gejolak jiwa kita. Memahami keputusan dan kebolehan kita.

Dalam keterpaksaan ,kadangkala majoriti tidak memahami kita. Minoritinya mendengar dan mengangguk saja.
Tidak Mengapa. Berdoalah pada Dia yang memahami. Kehidupan kita, adakala menjadi diri sendiri adalah keputusan yang terbaik. Kerana itulah ujian bila manusia terus berinteraksi sesama manusia.

Mahu tidak mahu, melangkahlah dengan tetap. Bukan sombong, tetapi penuh kekuatan dan kebijaksanaan. Dan Orang yang kuat serta bijak adalah yang sentiasa menjaha hubungannya dengan Tuhan.

Penutup

Ada kata-kata Orang,
Life is too short to be sad.

Ada benar juga.
Kalau bersedih saja. Dunia tidak menunggu kita untuk kembali ceria.

Buatlah keputusan, biarkan kata yang menghiris.

Asalkan kebahagiaan kita tidak terhakis.

Senyum :)


Asyraf Alpandi

Comments

zimba said…
Terbaik tuan,so inspiring sangat

Popular Posts