Motivasi : Jadi Seperti Akar
Sepohon Rendang
Kalau hendak diceritakan tentang pepohonan. Sedari awal kehadiran Adam di syurga sudah dikisahkan tentang kehadirannya.
Pandang sahaja mana-mana pohon yang menghijau tinggi, rendang meredup pasti mengumpan rasa tenang dihati. Suka, damai. Sukarnya nak diluah pada kata-kata.
Apatah lagi jika ada yang berbuah lebat mahupun berbunga indah menghiasi pandangan perjalanan.
Kita Lupa
Dalam keasyikan kita memuji indahnya daun hijau meneduh terik. Juga dalam memuji ranumnya buahan dan cantiknya bunga mekar ,kita lupa pada tunjang tegaknya sesuatu pohon. Akar.
Kan?
Siapalah dia,walau berjasa saban hari mencari air untuk kelangsungan hidup si pokok. Setiap masa meredah kerasnya tanah demi melengkapkan keperluan sepohon pokok, berkuntun-kuntum bunga,puluhan buah-buahan.
Cuma kadangkala saja disapa. Itupun dengan cercaan pabila manusia tersadung padanya. Sedang dialah tempat manusia melabuhkan punggung memberi keselesaan pada mereka tatkala berteduh.
Penutup: Jadilah Sepertinya
Jadilah seperti akar.
Tidak dipuji, tetapi tetap meneruskan amanah dan kerja yang ada.
Walau dicaci,dihina, tetapi tetap memberi khidmat kepada sesiapa sahaja yang datang padanya.
Walau tidak dipandang.
Dia tetap disitu.
Dia tetap disitu.
Berbakti,memberi
Seadanya dan semampunya.
Asyraf Alpandi
Comments