Motivasi: KurniaNya Sentiasa Sempurna.



Kita Adalah Hamba
Walau dimata Orang lain kita adalah seorang yang tidak punya apa-apa, biarlah rangkaian kata itu berlalu saja. Kerana selayaknya kita begitu sebagai hamba.

Jika dimata Orang lain kita hebat, seperti punya segalanya,biarlah kata-kata itu sekadar berlalu pergi. Kerana semua itu tidak selayaknya milik kita sebagai hamba.

Kita adalah hamba Tuhan,bukan Tuhan manusia.

Selayaknya Kita Malu
Dalam banyak perkara yang kita lalui di dunia. Kekecewaan, kesedihan, kesakitan adalah perihal yang selalu dikeluhkan.

Walau itu adalah ujian di dunia yang sekadar tempat senda gurauan, kita tetap mengeluh kerana Mengapa kita ditakdirkan sedemikian rupa.

Malah, jika diberi nikmat sekalipun, adakah amal kita semakin hebat sebagai tanda syukurnya dirasa dikurnia nikmat?

Malunya kita sebagai hamba. Walau dosa diulang saban masa. Syukur tidak dizahirkan rasa, amal pula tidak seberapa,

Sedang kurniaan Tuhan pada kita sentiasa sempurna.

Penutup

Allah tetap mengasihi makhluknya. Jika tidak, manakan boleh hela nafas kita ini percuma tanpa bayar. Tidak kira siapa pun kita.

Kita adalah hamba setiap masa.
Kesilapan,dosa itu lumrah jika tersalah.

Cuma yang membezakan, sejauh mana kita mahu kembali kepada Tuhan.

Sedang kita banyak berlaku ingkar. Tetapi kurniaannya terus menerus kita rasai setiap masa dan sentiasa sempurna.

Asyraf Alpandi

Comments

Popular Posts