Pemuda: Kekasih, Kita & Rindu



Kasih Kekasih

Mengasihi kekasih hati adalah satu perasaan yang cukup indah. Tanyalah pada si pungguk, bagaimana perasaannya merindukan bulan.

Dilihat rindu, dikenang sayu. Hendak digapai terlalu tinggi, walau sentiasa bertentang mata.

Ah, Bergelora rasanya!

Rindu Yang Kian Hampir

Rindu yang sekian lama kita lupa ini perlu dihidupkan kembali. Masih ingat kali terakhir kita meraikan kehadirannya? Kira-kira setahun yang lalu.

Ya. Ya. Benar tekaan tu. Ramadhan. Masakan kita tidak terasa rindu padanya. Bersamanya dahulu, lidah sering berzikir lebih banyak berbanding bulan lain. Ibadat juga barangkali lebih kita hayati, santuni berbanding masa lain.

Tidakkah kita rindu saat sebegitu?

Masanya kian hampir.

Pemuda: Bersiaplah

Bersiaplah seakan-akan kita hendak berjumpa kekasih hati yang sekian lama tidak bertentang mata.

Bersihkan diri kita dari dosa. Wangikan dan tenangkan diri dengan puasa sunat dan bacaan Quran.

Biarlah bila kita bertemu nanti, kita sudah bersiap siaga. Yang penting, tunjukkan seperti kita benar-benar jujur dan bersungguh untuk berkasih dengannya.

Penutup.

Tidak tahulah. 
Ralat dan risau juga sekiranya keinginan untuk berjumpa kekasih ditakdirkan tidak menjadi.

Maka, doalah moga-moga Tuhan sampaikan kita kepadanya.

Cuma, benarkah ada rasa ralat dan risau sebegitu

Renungkan.

Asyraf Alpandi

Comments

Popular Posts