Motivasi : Ambillah Masa Bersendirian



Saban petang senja datang berkongsi suramnya siang. Dan ketika itu jugalah sang pungguk akan mula merindukan bulan. Kerana dalam kesepian malam menang indah untuk mengenang dan merenung sesuatu yang dirindui. Malah cukup tenang untuk memuhasabah diri.

Bersendirian Untuk Kekuatan

Ramai orang tercari-cari bagaimana hendak mencuri masa dalam kesibukan dunia. Tidak kurang juga yang mencari ketenangan dalam kepenatan berurusan dengan pelbagai karenah manusia.

Jawapannya, bersendirianlah. Bagaimana? Bersendirian dalam kesunyian, mengadu pada Tuhan segala apa yang ditanggung jiwa. Ceritakan segalanya, setelah itu akan hadirlah rasa lega dalam rehat yang ringkas tetapi bermakna.

Tubuh kita mungkin penat. Pemikiran kita juga begitu. Justeru, bersendirian menghadap Tuhan akan menghadiahkan kerehatan kepada keduanya.

Rehat VS Tenang

Rehat dan tenang ibarat rumus yang tidak boleh dipisahkan. Saling memerlukan antara satu sama lain. Untuk tenang, ingatlah dan kenangkanlah Tuhan kita. Dengan tenang, merehatkan segala kekusutan. Akhirnya membawa kepada tubuh yang bersemangat dan kuat untuk berjuang.

Penutup

Tidak dinafi, masa benar-benar mencemburui.

Curilah, luangkanlah walau seminit cuma. Untuk mengenang, berdoa, bermuhasabah, dan mengingati Tuhan.

Kerana waktu itulah, kita bersendirian hanya mengadu pada Tuhan.

Raihlah kekuatan.

Asyraf Alpandi

Comments

Popular Posts