Motivasi : Senyumlah Seluasnya




Berertikah hidup kita ini jika setiap langkahan kita disisipi rasa hasad dan dengki? Atau cukup bermakna jika seluruh jiwa raga kita dipanah resah hanya kerana kita berasa tiada apa-apa?

Bersyukurlah Seadanya

Memakna hidup tidak semudah meludah kata, kerana melalui pengalaman yang berliku adalah jalan untuk menuju sesuatu yang cukup bermakna.

Salah satu untuk memaknakan hidup kita adalah dengan bersyukur dengan apa yang kita sudah ada. Cukup. Usah rasa iri hati, dengki kerana Tuhan memberi sesuai dengan kehendak dan aturanNya demi aturan hidup manusia yang sempurna.

Jikalau orang lain punya kekayaan dan kita pula hanya cukup pakai,belanja dan makan, maka bersyukurlah. Kerana mungkin dengan kesederhanaan itu, kita lebih gembira bersama keluarga sedang mereka kesempita masa mencari harta.

Jikalau orang lain lebih pandai daripada kita dalam apa jua bidang sekalipun, bersyukurlah! Kerana Tuhan jadikan kita semua ada kelebihannya pada bermacam-macam perkara.

Bersangka Baik Pada Maha Mencipta

Kadangkala kita mudah melontar rasa mengapa terik menikam hari? Sedang kehendak Tuhan mahu berikan ruang masa untuk kita bekerja.

Begitu juga hujan. Kadangkala turun disertai rungutan sang manusia. Sedang dia turun membawa dingin Segar menyubur tanaman.

Bagi mereka yang bersangka baik, segalanya indah. Segalanya nampak baik, kerana sesiapa yang bersangka baik dengan Tuhan, maka Allah menuruti sangkaannya.

“Aku adalah seperti sangkaan hamba-Ku terhadap Aku. Aku bersamanya tatkala dia mengingati-Ku. Sekiranya dia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku akan mengingatinya dalam diri-Ku. Sekiranya dia mengingati-Ku di khalayak ramai, aku akan mengingatinya di hadapan khalayak ramai yang lebih mulia, iaitu para malaikat dan para nabi. Sekiranya hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Sekiranya hamba-Ku sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Sekiranya hamba-Ku mendekati-Ku dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekati-Nya keadaan berlari.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Penutup : Senyumlah Selebarnya.

Meraih bahagia memang sentiasa ditagih bukan?

Maka, runtuhkanlah ego kita untuk sombong dalam bersyukur.

Leraikan rasa tidak cukup dan dengki pada yang tiada pada diri sendiri.

Apa yang kita kini, sebenarnya sudah cukup banyak berbanding orang lain yang lebih ramai dalam serba kekurangan.

Senyum, dan teruskan hidup kita seadanya. :)

Asyraf Alpandi

Comments

mohd syafiq said…
ringkas tetapi sangat bermakna.

Popular Posts