Motivasi : Membuahkan ketenangan
Kadangkala, ada juga perkara yang mudah terasa berat untuk dilaksanakan. Cuba lihat bagaimana orang lain membenih pokok hingga tumbuh membuatkan hasil. Nampak mudah bukan? Tapi berapa ramai yang berkehendak, mampu dan berjaya melakukannya? Ya, Tidak semua orang.
Beroleh Ketenangan : Mudah?
Ya. Memang mudah. Tapi tidak semua mampu memperolehinya. Kita ambil contoh, mendoakan kebahagiaan orang lain tanpa doa itu didengari mahupun diketahui oleh tuan empunya diri. Cukup mudah. Kerana doa ini tidak perlu talian khas. Dimana-mana sahaja, tanpa memerlukan peranti khusus, doa mampu dipanjatkan kepada Tuhan yang Satu.
"Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) tanpa pengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, “Dan bagimu juga kebaikan yang sama,” (HR. Muslim)
Bila Malaikat Juga Berdoa
Keikhlasan adalah kuncinya. Apabila kita mendoakan orang lain, malaikat turut mendoakan kita. Malah, kasih dan Rahmat Tuhan juga terpasak sama. Akhirnya, ketenangan membaluti hati.
Bukankah mudah? Tidak! Tidak sekali pada hati yang punya hasad dan dengki. Tidak juga pada manusia yang hanya mementingkan diri tanpa mahu melihat saudaranya turut senang menikmati nikmat Tuhan.
Penutup : Doakanlah Demi Sebuah Ketenangan
Melihat penderitaan saudara kita.
Mendengar luahan resah mereka.
Mendengar luahan resah mereka.
Ungkapkanlah doa disebalik kehadiran mereka.
Ketenangan akan meresap dan tumbuh subur di dalam jiwa.
Asyraf Alpandi
Comments