12/15 SIRI RAMADAN : MEMAKNAI USIA
PEMBUKA KATA
Berbaki beberapa hari, Ramadan kali ini bukanlah sekadar membawa makna tentang puasa dan ibadah di dalamnya semata-mata.
Dalam sudut pandang yang lain, ia juga mengajak kita untuk menginsafi bahawa, usia yang kita miliki hari ini sentiasa berjalan.
Dan seperti ramadan, USIA kita juga akan melintasi garis pengakhiran.
Ketika itu, bersediakah kita?
USIA YANG SERING DILUPA
Benar, kita perlu merancang masa hadapan.
Merancang kewangan, perjalanan karier, pembinaan keluarga, serta pelbagai bentuk perancangan.
Tetapi, adakah kita merancang untuk umur kita ini? Merancang bagaimana hendak menjadikan ianya bermakna, serta mengakhirinya dengan rasa bahagia.
Dunia yang tidak diurus, pada akhirnya akan menyebabkan kita sering lupa kepada usia sedia ada. Mungkin kita akan merasakan kehidupan ini masih panjang waktunya, walhal, tiada siapa pun tahu, bilakah tarikh akhir kita di dunia.
USIA : MENGHARGAINYA KETIKA MASIH ADA
Setiap kali ramadan, pasti kita sering dengar bahawa, “Bagaimana jika ini adalah ramadan kita yang terakhir.” Benar, bukan?
Ianya adalah peringatan ringkas, tetapi sangat berat bagi mereka yang cakna tentang sisa umurnya.
Mengapa Tuhan rahsiakan bila dan bagaimana pengakhiran kita? Agar kita tahu bahagwa yang paling penting adalah bagaimana kita memaknai usia ini sebaik-baiknya.
Penghujungnya, insya-Allah, juga adalah terbaik.
Masih ingat 5 perkara yang Rasulullah SAW ingatkan kepada kita?
1. Sihat sebelum sakit
2. Kaya sebelum miskin
3. Lapang sebelum sempit
4. Muda sebelum tua
5. Hidup sebelum tamat usia
PENUTUP : HAKIKAT USIA
Hakikatnya, usia tidak akan pernah berkurang.
Malah, usia yang telah dilalui juga tidak boleh diulang semula.
Setiap detik yang berlalu tidak mampu untuk kita peroleh dan perbaiki semula.
Ramadan yang sedang kita lalui ini juga sebahagian daripada usia kita.
Hargai dan maknai usia yang dimiliki saat ini.
Kerana akhirnya, kita tidak ditanya berapa lama kehidupan yang kita lalui, tetapi ;
Apa yang telah kita lakukan sepanjang usia yang telah diberi.
